Blog Archive

30 Aug 2013

Tenat

  Dia terus berjalan. Melawan arus. Melihat masyarakat seperti yang dikatakan oleh ayahnya. Muka 'android'nya tidak sama dengan hatinya yang dah banyak kali terkejut monyet melihat keadaan umat Islam yang sangat tenat.

  Akhirnya dia berhenti di satu taman. Duduk di bangku kosong dan berfikir.

 "Kid,jangan berhenti ucap 'Alhamdulillah'."
 "Kenapa?"
 "Jawapan dia ada kat luar sana," senyum.

 Ayah,aku dah tahu jawapan kepada apa yang selalu ayah cakap selama ni.

  Dia mengeluh. Ayah dah tiada baru nak dengar cakap. Dialah antara golongan 'nasi dah jadi bubur'. Ayahnya yang selama ini sabar menasihati,ayahnya yang selama ini sabar menegur perbuatan salahnya, ayahnya yang selama ini berusaha menjadi seorang bapa dan ibu yang terbaik.

 Semalam,ayahnya selamat ditanam. Kubur ayah bersebelahan dengan ibu. Ayah turut menyusuli ibu selepas belasan  tahun. Pada waktu itu, baru dia tersedar. Perkataan da'wah, tarbiyah, anak soleh dan banyak lagi. Menyerap masuk ke dalam hatinya seperti tisu yang meng-absorb air.

 Perlahan-lahan air mata mengalir. Dia sudah penat. Penat. Menyembunyikan perasaan sebenar. Berpura-pura tiada perasaan. Berlagak kuat.

 Allah,berilah aku kekuatan. Kaki ditujukan ke masjid yang terbentang di depan mata.

Assalamualaikum. Malas nak bebel panjang-panjang. Cukupla Im dan Ced. Aku punya bebelan tak seosem diorang. Takpelah. Asalkan Allah tak pandang aku macam manusia yang tak suka pandang aku sekarang ni.

Perkongsian ni ditujukan kepada aku terutamanya. Bila tengok umat Islam yang makin hari makin tenat,

"Ya Allah, beratnya tenggungjawab aku"

  Tapi, tanggungjawab yang berat tu akan jadi ringan bila.... Dilaksanakan bersama-sama! Masa nilah ya Wonderpets berperanan penting untuk memberi semangat kepada daie-daie seperti kita. Kerjasama. Walaupun kita tak kuat sebab kita ni makhluk yang berasal dari air yang hina dan tanah yang kedudukannya berada di bawah, bila kita bekerjasama, kita akan kuat dengan izin Allah. Tanggungjawab yang berat terasa ringan bila bersama-sama melaksanakannya.

  Dan kadang-kadang daie pun akan jatuh. Sebab daie adalah manusia yang mempunyai hati yang berbolak-balik, iman yang turun naik, syaitan yang bersumpah untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam a.s.

Jadi, aku suka sangat kalau ada manusia tegur dan nasihat aku walaupun adalah terasa sikit. Sebab aku boleh tau yang waktu tu aku punya hati dan iman camne.

  Akhir kata, jom sama-sama ingat bahawa apa tujuan kita didatangkan ke dunia yang sementara ni. Ke mana kita akan pergi lepas kita meninggal dunia. Lihat berapa ramai manusia yang sedar tentang ni. Sama-sama kita bantu umat Islam yang memerlukan 'oksigen'.


                                                                                                                                     Salam Ukhuwah,
Kid