Blog Archive

27 Sept 2013

Bila cinta dilafaz


Adakah selepas kita mengatakan kita mencintai Allah, lalu Allah akan biarkan kita senang lenang di hadapan media sosial dan menaip ayat ayat dakwah?

SAMA SEKALI TIDAK!

Cinta mesti diuji untuk dilihat sejauh mana tahap kecintaanya.

Maka kerana itu datangnya cacian. 
Makian. 
Tomahan. 
Kejian. 
Dan juga diungkit kisah jahiliyah yang telah lama ditinggalkan.

Jika kita membalas balik dengan kebencian, maknanya belum lagi kita mencintai Allah sepenuhnya. 
Seikhlasnya. 

Kerana,
Orang yang mencintai Allah, hatinya dipenuhi kasih sayang. 
Bila dibenci, akan dibalas dengan seuntai doa kesejahteraan.
Bersabarlah kamu umat Muhammad.

Semoga diberi kekuatan.
Dan mendapat balasan catatan malaikat kanan dihujung nanti.

Jazakillah.
F