Blog Archive

7 Oct 2013

Khilafku yang dulu

Biar mereka mencaci.

Biar mereka mengutuk.

Biar mereka menghukum.

Biar mereka menghina.

Biarkan. Biarkan sahaja.

Kerana Allah akan membalasnya. Mungkin esok, mungkin minggu depan, bila-bila masa sahaja.

Ya. Sama seperti aku. Allah telah membalasnya.

Aku tahu ini semua berlaku kerana...

Kealpaanku.

Kekhilafanku.

Kesilapanku.

Terhadap penciptaku, Allah Ya Rahman.

Alhamdulillah, Allah masih sayang kepadaku. Dia masih memberi petunjuk untukku. Dia menyedarkan aku dari melupakannya. Dia masih memberiku masa untuk bertaubat.

Ujian untuk aku.

Allah membalas kejahatan aku yg dulu, sebab Allah rindu aku.

Rindu tangisan aku.

Aku sangat alpa.

Allah, ampunkan aku.

Terima kasih kerana masih mengutuskan sahabat-sahabat yg sentiasa menyedarkan kesilapanku. Walaupun mereka berdosa kepadaku. Tetapi mereka melakukan ini kerana aku tahu, mereka sayangkan aku. Kerana aku tahu, diriku sangattt khilaf.

Mungkin aku pernah melakukan hal yang sama kepada kawan-kawan ku dulu? Yeah mungkin.

Ya. Aku sangat tersentap bila sahabat berkata, "You'll get what you give."

Hmm. Terdiam menghayati lagu Ikramul Kareem.

"Allah, aku tak layak utk ke syurgaMu, namun tak upaya menghadapi nerakaMu. Terima taubatku, ampunkan dosaku. Kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun Dosa-Dosa Besar..."

Ya. Sangat sesuai lagu itu untukku.

Inilah masanya.

Untuk aku...

Recheck balik diri.

Baiki hubunganku dengan Allah.

Maafkan aku.

Tolong, bimbing aku.


Salam sayang,

Ann.