Fuhh, lama tak berleter kat sini.
Aku special edition.
Muncul sikit je.
Leter pun, tak de lah banyak sangat.
Just nak kongsi apa yg aku dapat sepanjang hari ni. Pagi sampai, petang diceramah oleh manusia pelbagai bentuk(?) dan aku cuma angguk-angguk kepala.
Pastu?
Betul lah kan, ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah. Buat apa ada ilmu setinggi Mount Everest kalau satu hapak pun tak diamalkan kan?
Dey macha, ingat senang ke ?
Sebab syurga tu penuh dengan kesenanganlah jalannya untuk menuju ke arah tu susah.
"Jalan ini (syurga, da'wah dan seangkatan dengannya) takkan dihiasi dengan permaidani merah tapi dipenuhi dengan duri-duri yang terpacak."
Ya, sebab syurga itu penuh dengan nikmat yang mata tak pernah lihat, telinga tak pernah dengar dan hati tak perah rasa.
Dan, nak rasa jalan susah ni membahagiakan...
Agak susah. Sebab aku tengah try jadi orang yang bahagia dengan jalan ni. Hati yang rasa bahagia atau sengsara. Hati yang pilih untuk mentaati atau menkufuri Allah. Hati yang pilih jalan taqwa atau jalan futur. Hati yang rasa keindahan, kemanisan iman, kemanisan solat. Fizikal? Tubuh badan? Just alat.
Hati memang penting. Hadith pertama dalam buku hadith 40 cerita apa? "Innamal a'maalu binniat."(dan panjang lagi) Niat tu bukan dengan hati ke?
Jasad kita yang melaksanakan.
Yang menjadi rajanya,
Pemerintahnya,
Pesuruh jasad kita?
H.A.T.I.
Ok, ni ape yg aku dpat untuk petang tdi. Dan petangnya pula... "Semakin meningkat umur kita semakin dekat kita dengan mati."
Bila fikir persediaan untuk mati, aku cuma bolek sebut 'Allah' je.
Apelah kau ni. Kalau tengah blogging tu, boleh la zikir ke apa ke..Semua makhluk di langit dan bumi yg takde akal ni pun tunduk bertasbih pada Allah, manusia yang diberi keistimewaan(diberi akal) oleh Allah? Menyombong je tau.
Ya,ya. Aku zikir sekarang.
Salam Hijrah,
Kid