Ya, banyak dah yang dia bagi kat kita apa yang kita nak.Masa dan bagaimana pemberian benda tu je.Kalau tak dapat pun, bila kita tengok balik, benda yang kita mintak tu sama ada bukan keperluan sangat ataupun tak banyak benefit dia ataupun, Allah lagi tau apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Aku pun, dah banyak aku mintak, semua Allah bagi.Allah tak pernah mungkir janji.Kita, manusia yang lemah ni je selalu buat ciri-ciri orang munafiq tu.
Dan, cuba kira dalam sehari, berapa banyak nikmat yang Allah bagi.Sehari je eh?SE.HA.RI.Bangun tidur,Alhamdulillah.Bernafas, mata,hidung,mulut,telinga,kulit, sel-sel,daging,darah, jantung,organ-organ lain,bernafas,melihat,mendengar....Fuhh!!Tu baru bangun tidur.Belum jalan pergi bilik air, gosok gigi,mandi, sarapan atau sahur.See?Tak kan boleh hitungnya nikmat yang Allah bagi ni.Sekarang pun, Alhamdulillah Dia bagi tangan aku bergerak untuk taip,Dia bagi aku idea untuk buat 'luahan perasaan' kat blog ni.
And...Betulla manusia ni sangat zalim.Tak meletakkan sesuatu pada tempatnya.Badan kita yang fitrahnya sentiasa buat kebaikan, kita paksa badan ni buat kejahatan.Zalim , satu.Ingkar, lagi satu. Betapa zalim nya kita kat diri sendiri ni kan? Semua kejahatan yang kita buat dapat kat kita jugak kan akhirnya.
Weh, Kid.Cukup-cukupla membebel!Nak azan dah tu!Nak azan kemendanya?Dah azan dah pun. Sila tutup blog anda.Offline dengan komputer, online dengan Tuhan.
Kid