Kadang kita terlupa, bahawa Allah sentiasa melihat
Kadang kita fikir, yang hidup di dunia ini adalah selama-lamanya
tapi ingatlah.
bahawa setiap orang yang hidup pasti akan menemui kematian.
berfikir sejenak,
dah cukup ke amalan kita untuk akhirat nanti?
sedangkan jika kita lihat para sahabat sentiasa melakukan ibadah walaupun mereka sudah dijamin masuk kedalam syurga.
apatah lagi kita? hanya seorang insan biasa yang sering melakukan kesilapan.
******
*Sekumpulan pelajar sedang bermain poker*
"Hahaha! Bapak lopek seyh kau main! dari tadi akuuuuu je yang menang hahaha"
"Weh mana aci, kau main tipu kann, takdelah jom main lagi aku tak puas hati ni! huh "
Allahuakbar.... Allahuakbar! ~~~
"Aduh azanlah pulak.... mangat gila yang azan tuh, orang tengah sesedap main ni"
"Lek main je solat lambat apa salahnya kann"
Asar!! Asar!! *Ketuk pintu*
"Weh dah dah lah main poker tu, solat lagi penting weh"
"Ish kacau line lah pasni kitorang pergilah!"
"Ya Allah... lalai weh main benda tu. Tak bawa ke mana ponn. Solat lagi penting. Jom lahh"
*Bangun*
"Sukati aku lah nak solat ke tak!! Jangan nak sibuk!! Kubur sendiri masing-masing jaga lahh! "
"erk.. siyes ke kau nak jaga kubur sendiri? --'' hehehe "
"hm hm *gulp* okay semua dah dah kemas jom pergi solat! "
******
Hidup di dunia ini hanyalah sementara.
Hidup di akhirat nanti kekal selamanya,
Pilihan berada di tangan anda.
Salam,
Shin.

