Blog Archive

18 Apr 2014

Divergent



Kehidupan aku banyak berubah di sini. Teringat lagi masa aku kawan dengan geng-geng "bulatan alien", yang dulunya aku anggap sangat asing dan mungkin juga tak up-to-date macam remaja-remaja sekarang. Selalu buat benda-benda pelik. Makan sama-sama, tidur sama-sama, "berbulatan-apa-tah" sama-sama, kurang kasih sayang agaknya. Tapi aku taktau macam mana tiba-tiba aku juga yang menjadi sebahagian daripada mereka.

***

4 TAHUN YANG LALU

Masa hujung minggu, aku dengan roomate aku, Nabil, akan tidur dan menghabiskan masa kami dengan tidur dalam bilik sepanjang hari. Kalau jumpa kami tidur masa orang lain tengah tidur, sah-sah tu bukan kitorang. Atau senang cerita, masa orang lain menyibukkan diri berusrah, kami akan tidur, tidur dan tidur.

Pukul 12 malam, tak sah kalau kami tak terjaga dari tidur. Sarung helmet, curi-curi keluar rumah dan start engine motor. Siang-siang membungkang, masa malam huha-huha, menikmati keseronokan hidup yang fikirnya abadi.

Tok, tok, tok. ----------- Tok, tok, tok. Aku buka pintu, agak-agak muat muka nak menyelit. Bilik gelap, macam biasa aku tidur dan menghabiskan masa siang atas katil.

"Nak apa?!"

"Lan, kau dah solat zuhur belum? Dah nak masuk asar dan ni, kejut lah Nabil sekali." Susunan gigi dipaparkan.

Mata keatas, tiup rambut. Hempas pintu.

Tok, tok, tok. ----------- Tok, tok, tok. Giliran Nabil buka pintu.

"Bil, jom solat Maghrib jom. Dah iqamat dah tu. Ajak Lan sekali kita jemaah sama-sama."

"Hee, aku takleh sembahyang lah, Mirul. Datang bulan."

Pintu dihempas.

Dan begitulah juga kitarannya. Orang ajak makan, ajak riadah, even ajak aku untuk solat. Aku akhiri ajakan-ajakan itu dengan hempasan pintu, dan menyelimuti tubuh aku yang beralaskan katil dan bantal.

Setahun aku bergelumang dalam kegelapan jahiliyyah.

Sampailah satu hari.....

Aku berlari mendapatkan housemate yang lain. Berlari, berlari, berlari dan mengatur langkahku untuk mendapatkan mereka secepat yang aku mampu. Tercungap-cungap, aku cuba menerangkan keadaan yang berlaku.

Di atas kegagalan aku untuk sampaikan apa yang aku ingin sampaikan, Amirul terus arahkan aku untuk tunjuk apa yang sebenarnya dah berlaku kepada mereka semua. Kami mengatur langkah ke luar apartment, menyusuri satu per satu anak tangga.

"Mana, mana?"

"Ya Allah, kejap aku call ambulans."

"Nabil......! Kuatkan semangat. Lailahaillah, ingat Allah, Nabil!"

"Kau boleh, Nabil. Kau boleh!"

Tangan dia aku genggam erat. Tapi, genggaman tangan dia lagi kuat, menahan kesakitan yang dia alami. Mata dia perlahan-lahan naik ke atas. Nafas sudah tidak teratur.

Namun, masa sangat singkat dan bergerak perlahan. Seakan terhenti.

***

Pemergian satu nyawa yang amat aku sayang sudah cukup membuatkan aku tersedar.

Aku mengamati satu persatu gambar arwah Nabil yang terlekat pada dinding. Rakan dari sekolah rendah, jumpa balik masa masuk kolej. Jadi roomate aku.

Aku ambil salah satu gambar. Letak atas meja, nyalakan lilin.

"Ada apa-apa yang aku boleh tolong tak?" Amirul berdiri belakang aku. Dia tau apa yang aku rasa bila kehilangan kawan yang bagi aku tiada pengganti.

"Aku ok je kot. Boleh uruskan sendiri."

Mata aku tertangkap pada sebuah "objek" berwarna coklat.

"Lama gila dah aku tak baca Quran."

"Tadi ada lah selak. Ada satu ayat ni, Allah kata. Orang yang derhaka nilepas mati... Seksa sangat."

Amirul setia belakang aku, mendengar segala luahan hati aku masa tu.

"Diorang merayu pada Allah nak hidup balik, supaya diorang dapat buat amal soleh dan perkara yang mereka dah tinggalkan.

Tapi Allah kata, jangan bermimpi. Mereka tu akan kekal dalam alam barzakh sampai hari kiamat."

"Surah al-Mu'minun?"

Aku anguk perlahan.

Berkali-kali aku menyebut nama Nabil. Seolah-olah ingin mengulang kembali dan memperbaiki segala perkara yang aku buat bersama dia.

"Benda dah berlaku. Nabil pergi sebab sakit jantung. Kita pula taktau bila masa kita pergi."

Aku kesat air mata.

"Mati tu boleh bila-bila je, Lan. Sebab tu kena bersedia." Tok, tok, tok. ----------- Tok, tok, tok. "Assalammualaikum,"

"Jom makan dulu, nasi dah nak sejuk." Amirul pimpin tangan aku. Tutup lampu bilik dan meninggalkan gambar arwah Nabil ditemani dengan cahaya lilin.

***

Pemergian satu nyawa yang membuatkan aku tersedar. Kehidupan ni bukan setakat makan, minum, tidur dan berseronok. Makna kehidupan yang sebenar adalah lebih daripada tu, kalau kita betul-betul fahami.

Sejak peristiwa tu, jadual harian aku mula berubah.

"Mazlan!"

"Usrah ni sebenarnya kita buat untuk mencontohi sunnah Rasulullah SAW."

"SAW...."

"Yang mana, Rasulullah buat untuk membentuk peribadi seperti Saidina Umar, Mus'ab ibn Umayr 13 tahun di Mekah. Dimana Rasulullah menanamkan 'Lailahaillah, dalam diri para sahabat selama 13 tahun. Hari-hari bercerita tentang tauhid dan akidah.

...Ini yang sebenarnya kita nak terapkan dalam usrah ni."

Aku menganguk faham. Jadi, selama ni bulatan yang kerap mereka lakukan bukanlah sesuatu yang pelik lagi. Hidup berpandukan Sunnah dan al-Quran telah membuka hati aku. Aku mula kenal sapa penciptaku. Jahiliyyah menjadi musuhku. Allah tujuan utama hidupku. Disekeliling ku ada mereka yang sentiasa ingat-mengingati tentang kebenaran dan kesabaran.

Islam yang dulu terasa aneh dipandanganku kini tidak lagi asing.

"Lan, lan, lan." Aku menoleh.

"Jom kita gerak dulu. Kumpulan kita je ada dekat sini. Nanti lambat sampai airport."

Kejap je dah lima tahun, Pejam celik, pejam celik. Aku dah graduate.

Cepat sungguh masa berlalu.

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar.
   
   
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
The vanguard (of Islam)- the first of those who forsook (their homes) and of those who gave them aid, and (also) those who follow them in (all) good deeds,- well-pleased is Allah with them, as are they with Him: for them hath He prepared gardens under which rivers flow, to dwell therein for ever: that is the supreme felicity.


[ADAPTASI TOMATO 2.0] 

Salam Jumaat,
Im.