Aku tutup hidung, tak tahan bau busuk spray Aedes. Aku pandang Mak balik, lepas dah puas tenung pokok Orkid depan rumah ni.
Mak diam.
Dalam hati aku berharap sangat Mak tk loyar buruk cakap sebab Mawar tu milik Fizo Omar. Hashtag EH tanda seru.
Mata aku tk berhenti pandang Mak yang tak jenuh pandang Orkid kesayangan beliau.
Selepas beberapa minit, Mak pandang aku. Kelip mata gaya slow motion habis.
"Sebab Mawar tu cantik lah kut,"
Mak jawab sambil sengih sengih, pastu terus masuk rumah meninggalkan aku terpinga pinga setelah Abe-Aedes tu dah habis spray rumah kami.
Aku tahu Mak tahu yang jawapan dia bagi tadi langsung tak memuaskan hati aku. Aku join masuk rumah sekali, tangan masih lagi menutup hidung, bau spray tadi masih tk hilang.
Aku pandang Mak tak berkelip. Mak duduk depan TV tanpa ada rasa bersalah langsung tengok Nona.
"Mak, kenapa sebab Mawar cantik pulak?"
"Habis tu takde lah Fizo Omar suka,"
Gelak aku terburai. Aku dah agak Mak mesti loyar buruk. Mak join gelak sekali.
"Dah dah. Meh sini jap,"
Tiba-tiba Mak ajak aku duduk sebelah dia. Aku akur.
*****
Aku tk pandai buat intro awesome, so sebenarnya conversation antara Mak & aku tadi tu intro sebenarnya.
Gelak malu.
Antara yang korang ada yang dah dapat kut apa yang aku nak cerita sebenarnya.
Yep, MARUAH.
Aku tak specific kan dekat perempuan je, aku maksudkan MARUAH AGAMA sebenarnya.
Kadang tu, aku rasa sangat sedih bila teguran aku tidak diterima. Rasa macam cinta ditolak pun ada.
Lagi lagi teguran aku ditolak oleh kawan sendiri.
Ades, pedih.
'Kau bukannya ayah aku nak tegur aku, nak betulkan aku. Aku tanggungjawab ayah aku, bukan kau. Kalau tak suka, boleh pergi mam-' Censored.
Aku rasa macam ugh yang sungguh ugh ugh ugh ugh ugh!
Keling sungguh diri ini haha. Senang cerita, aku kuchiwa.
Nak cakap aku tegur tu secara open, tak jugak.
(Kelakar juga, aku tegur dia tak open tapi dia pergi update status pasal aku tegur dia macam macam so dah jadi macam open ok tak faham tidak mengapa)
Dia berpakaian ketat,
Dulu beliau bertudung,
kini tudungnya dah dijadikan kain lap meja.
Aku tak faham.
Aku rasa mereka tak sedar barangkali.
Tak sedar yang sebenarnya yang mendatangkan fitnah kepada agama kita ialah diri sendiri yang makin lagha, makin sesat & makin tersasar cara hidup.
Perempuan sepatutnya seperti Mawar.
Mawar yang berduri.
Jangan jadikan alasan sebab duri kita dah 'patah'.
Duri yang 'patah' jangan disangkakan tidak 'tumbuh' kembali.
Allah Maha Pemaaf, kena ingat tu.
Allah Maha Pemaaf, kena ingat tu.
Mawar yang tidak 'senang' dijaga.
Ingat senang ke nak jaga Mawar?!
Baja tak boleh masin sangat,
Suhu tak boleh panas sangat,
Pasu tak boleh murah sangat. Eh.
Yes, kita bukan perempuan yang mudah.
Kalau dulu, orang masuk Islam sebab cara Islam tu sendiri.
Sekarang? Orang masuk Islam sebab jatuh cinta, perkahwinan.
Ceit!
Rasa macam Islam ni dah tkde apa dah.
Rasa macam Islam ni, sungguh kosong.
Kosong?
Otak terus ada Najwa Latiff, eheh.
Mana pergi Islam yang dulu?
Islam yang pernah menguasai dua pertiga dunia?
Mana pergi semua tu?
Pintu rumah senang bukak sebab ada kunci rumah,
Pintu hati ni tak senang bukak sebab tk senang nak menerima.
'Move on' tu boleh, tapi kalau boleh nak 'Move on' dalam cara hidup Islam ok.
*****
"Syad tahu tak kenapa Mak beli pokok Orkid, bukannya Mawar?"
"Sebab senang jaga & murah kut,"
Mak senyum sampai pipi beliau naik tinggi.
Aku pun senyum, baru faham apa maksud Mak.
Salam Asr,
Ced