Blog Archive

12 Dec 2013

La Tahinu.


"Kau faham tak?! Nak berubah tu susah! Kau cakap senang lah yang berubah ni aku bukan kau! Kau taktau macam mana nak tadah lagi kutukan bila aku nak berubah tu! Ditambah dengan godaan ada kau pikir ke apa yang aku rasa?! Ada ke? Ada ke? Tak kan?!!"

"Ya Allah, kau ing...."

"Pastu bila aku nak support dari sesiapa diorang bukan nak dengar! Ni kata, aku hipokrit lah, aku ni jahat lah! Aku kata aku nak berubah, orang mula pandang serong! Eh eh diorang ingatkan aku ni apa? Kalau boleh nak je aku cocok bijik mata diorang tu!"

"Syaf, kau deng....."

"Dah lah weh! Aku give up! Takyah ah nak dakwah lagi kat aku. Aku dah memang tak boleh dah move on ke pe. Kau berambus ah dengan dakwah kau tu. Tak payah kacau aku lagi."

Suasana sepi, menunggu jasad aku untuk bergerak keluar dari bilik Syaf. Mulut aku masih ternganga disebabkan kata-kata aku dipotong laju oleh Syaf. Zasssss!

Heh, takpe lah Syaf. Aku ni hanya menasihati. Hidayah tu Allah yang turunkan. Aku bukannya ada magic ke tongkat sakti ke nak tembak spells kat kau.

"Okay,Syaf. La Ba'sa."

Pintu aku rapatkan perlahan-lahan. Sikit pun aku taknak ganggu emosi Syaf. Mana tau dengar bunyi pintu sikit pun dia rasa macam nak rendam muka aku dalam tomyam pastu letak lada sikit.

Eheh.

Perlahan-lahan aku hembus nafas takut, nafas tersentap, nafas unpredictable semua aku lepaskan. Aku tau. Syaf bukannya jenis yang suka marah-marah. Aku tau, hati dia lembut.

Tapi nak buat guane?

Allah knows better.

Kaki aku gerak menuju ke dapur. Waktu boring macam ni makan je lah kerja aku. Hashtag lapar selamanya. Aku buka peti ais.

Telur, lauk ikan bilis semalam, susu, bawang merah yang dah dikopek, biskut marie, sawi, kurma.

Heh, benda apa aku nak makan ni. Kaki aku mengorak langkah ke kabinet makanan. Eceh, kabinet makanan. Macam gempak je bunyi.

Ada biskut tiger, susu kambing, teh, keropok, etc.

Tangan mencapai susu kambing. Panaskan air, ambil 2 mug besar. Sambil tangan kanan pegang biskut tiger.

"Syaf, are u done?"

Syaf tidak menoleh. Masih di posisi yang sama seperti mana aku tinggalkan dia tadi. Duduk dekat balkoni luar bilik. Suasana lepas Subuh hari ni nyaman sangat. Nak tengok sunrise tu pun boleh.

"Lawa kan view dekat sini?"

Aku mengambil tempat berdiri di sebelah Syaf. Bajet macam ceria je padahal dalam hati hanya Allah yang tau berdirinya aku sebelah Syaf ni.

Pertanyaan aku tidak dijawab. Seolah-olah aku bercakap dengan bunga yang sedang mekar berkembang luar rumah.

Heh, takpe lah. Sebelah aku ni pun bunga gak. Bunga ros, kekeke.

"Pergi lah breakfast. Ada biskut tiger dengan susu kambing je."

Bisu. Jasad disebelah seolah-olah entah melayang ke mana. Berkhayal ke Syaf ni? Teka aku.

"Ya Rabbi Syaf, suka betul ana tengok pemandangan dekat sini. Subahanallah"

Syaf angguk, perlahan. Air mata mula turun membasahi pipi.

"Rasa macam Allah ni dekat sangat, kan?"

Sambung aku. Dalam suasana macam ni, seronok sangat nak muhasabah atau mentarbiyah diri. Bicara tentang kekuasaan-Nya.

Syaf angguk lagi. Kali ni air mata dah turun membasahi baju tidur corak-corak polka dot hitam putih.

"Han, rasanya Allah tu ada ke? Dekat tak?"

"Ya Allah, Syaf. Kenapa cakap macam tu? Allah tu mesti lah ada. Dan Dia dekat sangat dengan kita. Dia yang paling dekat dengan kita, Syaf. Even ana duduk dekat dengan Syaf ni, Allah lagi dekat tau."

Syaf diam. Aku tau kepala dia masih berpusing dengan kutukan, hinaan, cacian yang pernah dilontarkan kepada Syaf. Sabar itu indah, Syaf. Indah (12:18)

"Lepas subuh macam ni, elok lah kita baca al-ma'thurat. Amalkan sunnah nabi, nanti Allah sayang."

Senyum. Tangan aku menarik tangan Syaf perlahan-lahan masuk ke bilik. Aku mencapai ma'thurat.

Selesai membaca ma'thurat bersama, memang pada hari kebiasaannya kami akan mentarbiyah kan diri masing-masing. Sebab kami ni sahabat. Dan sahabat yang baik ada lah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Tak ke?

"Syaf, cuba rujuk al-Quran ni. Surah al-Baqarah, ayat 186."

Aku hulur al-Quran pelangi kepada Syaf.

"Ada love letter yang Allah kasi, hehe"

Syaf sambut al-Quran. Perlahan-lahan dia mencari. Mata laju melekat pada ayat ke 186 pada surah ke-2 dalam al-Quran tu.

"Dan sekiranya hamba-Ku bertanya tentang-Ku kepadamu (wahai Muhammad) maka (katakanlah) sesungguhnya Aku amat dekat."
                            
(Al-Baqarah 2:186)

Syaf tutup al-Quran. Sayu.

"Allah cakap apa?" Muka tengah tak sabar dengan apa yang Syaf akan bagitahu nanti.

"Allah cakap Dia dekat."

Angguk, perlahan.

"Lepastu.........?"

Syaf diam. Ada lah dalam 2 minit, tidak terkeluar juga kata-kata dari mulut Syaf.

"Heh, takpe lah Syaf. Ana boleh terangakan."

"Dalam ayat ni, Allah perintahkan dekat Nabi Muhammad, jika ada hamba Allah yang bertanyakan mengenai Allah, maka jawab lah yang Allah ni sangat dekat.

Dekat tu macam mana? Ada ana pernah terbaca, Allah ni dekat, lagi dekat dari urat leher kita."

Tangan mengusik leher Syaf. Syaf terundur ke belakang. Heh, nampak sangat sensetive dekat tang leher. Keh keh.

Senyum.

"Allah dekat, bila kita senang, bila kita susah. Hakikatnya, bila kita minta apa-apa, bila kita nakkan sesuatu, Allah mesti dengar. Walhal, masa kita senang, kita selalu menjauhkan diri kepada Allah, ye tak?"

Humans tend to take things for granted. Kita buat dosa tapi Allah tetap buka seluas-luasnya pintu taubat buat kita. Allah tetap menantikan kita terus-menerus melaksanakan perintahNya. Tapi apa balasan kita selaku hamba kepada Tuan yang menciptakan kita yakni Allah? Apakah kita menghargai kasih dan sayang Allah buat kita? Jika ya, mana buktinya?


"Ni article yang ana baca semalam. Dalam satu blog," senyum.

Air mata Syaf dah tak tertahan lagi. Laju je turun. Bahu Syaf perlahan-lahan aku tarik. Kemudian kepala Syaf terlentok di bahu aku.

"Syaf, sayang. Allah tu sangat dekat. Bila kita gembira, kita bagitau Allah. Bila kita sedih pun, kita bagitau Allah. Kenapa asyik kena bagitau Allah? Sebab Dia yang ciptakan kita."

"Sama macam perumpamaan ni, kalau kita anak patung. Jika ada kerosakkan pada bahagian badan kita, dekat siapa kita nak rujuk agaknya?"

"Tuan yang ciptakan kita."

Jawab Syaf tersekat-sekat.

"Pandai pun. Dah Syaf, pintu taubat tu luas dan masih terbuka. Jangan jadi penghalang dekat pintu taubat sendiri, ok? Dhuha pun dah masuk ni. Kita solat ya?"

Tangan aku menarik tangan Syaf supaya bangun. Mengorak langkah ke bilik air.

Ambil wudhu' untuk solat dhuha. Mengabdikan diri kepada Nya.

Kalau tak sujud dekat Allah, apa tujuan kita hidup.

Senyum.

Salam sayang,
Im