Buku Math ditutup perlahan. Satu hembusan dilepaskan - hembusan lega mungkin. Pensil, pemadam, jangka lukis, pembaris dan kalkulator disimpan di tempat yang sepatutnya. Ingat lagi Ustazah Zal pernah ingatkan kitorang,
"Orang yang zalim ialah mereka yang tidak meletakkan sesuatu benda di tempat yang sepatutnya. Lawan bagi zalim ialah adil."
Biskut lexus perisa cheese dicapai, kerusi di rapatkan ke meja.
***
Seperti kebiasaan, aku sendiri tak faham kenapa semua orang semangat semacam bila time rehat. Kalau nak dibandingkan pasar tani setiap hari Khamis tu dengan kantin sekolah ni memang susah lah kot nak cari perbezaan.
Eheh.
Kaki mengorak langkah ke arah meja panjang. Nampak macam ramai yang kerumun tempat ni. Asal tah.
"Weh Im! Kau sama usrah dengan aku ah."
Kata Fiq memecahkan lamunan sambil merempuh badan-badan yang kerumun satu meja panjang tu. Aku cam biasa, loading 5 minit.
"Apa rah?"
Tangan Fiq cepat menampar "manja" pipi aku. Dah memang sakit hati tahap takleh tahan lah kot.
"Khamis lah der! Usrah kot. Aku rendam otak kau dalam bihun sup ni karang."
Erk, k.
"La yeke? Cakap ah awal-awal. Sapa lagi usramate kita? Naqibah akak f5 en? Sape weh, sape?"
***
Tepat pukul 3.10 pm tubuh sasa aku dah tercacak macam tiang -yang-agak-pendek depan dewan yang tak berapa nak besar tu. Gila kau tak semangat?! Usrah dengan usrahmate yang semua sporting tahap lejen. Akak naqibah pulak memang terkenal dengan keperibadiannya yang............. umph!
Buku nota hitam polka-dot putih dan al-Quran masih setia ditangan. Dah pukul 3.25pm. Sat lagi lah tu uih mana hakak husrah haku ni?
"Okay, insyaallah. Jangan buang masa lagi, semua naqibah boleh lah start cari adik usrah memasing,"
Suara kak Amani bergema satu dewan dengan mic ala-ala macam kat Karnival Jom Heboh tu ha.
Susuk tubuh kak Aed yang tinggi lampai dan "kering" (katanya) jelas kelihatan. Dengan muka yang tercari-cari adik usrah yang comel-comel belaka.
Tersedak ikan keli.
Otomatik badan terus bangun dari pengkuan. Mencapai tangan kak Aed. Dengan muka tak malu, tunjuk gigi patah satu. Tarik tangan kak Aed keluar dewan.
***
Tangan memegang kayu turquoise pemberian kak Aed petang tadi. I guess this is the best usrah lah kot selama aku berusrah dalam hidup ni. And yes well said, I can feel our ukhuwah.
Ececey.
Teringat detik-detik masa usrah tadi. Apa yang kak Aed sampaikan. Walaupun memang bersahaja, tapi menusuk kalbu woi.
Tutup muka guna bantal.
"Hati ni kan, benda yang cam susah betul lah nak jaga. Semua dah maklum kan hati ni raja segala organ badan kita semua ni kan kan?"
Semua angguk. Fokus.
"Naam. Hati ni, tipulah kalau senang jaga. Bilamana Allah campakkan macam-macam nikmat dekat akak. Ramai kawan, dapat score subjek, dekat ask.fm lagi. Akak cakap dekat Allah,
"Ya Allah, aku taknak semua benda ni! Kau ambil lah semua yang kau bagi kalau benda-benda ni melalaikan aku."
Tapi sekarang, Allah masih uji lagi akak dengan nikmat-nikmat-Nya. Jadi, just hold this dear all. Al-Baqarah, ayat 285.
Akak tukarkan ujian yang Allah bagi akak tadi tu, kepada benda yang positive. If you know someone who is famous, popular lagi glamour, mesti uolls macam "Halah belagaknya lahai nak femes bagai ew." Tapi let us turn it into a positive way.
Akak mungkin popular. Tapi akak gunakan ke jalan Allah. Macam mana? Akak luaskan pengaruh. Sebab dakwah senang nak terima kalau kita dikenali ramai. Cuba bayangkan kalau tkde sapa kenal kita. Nak sampaikan dakwah kat sapa? Husnuzon dekat Allah kan better."
Tenenenenenenet.
Whatsapp masuk.
Usrah Widad (nama usrah kat Whatsapp)
KAK IZZ:
"Kata Imam Ghazali,
Maka sesungguhnya telah nyata dengan hadis Nabi SAW ini, bahawasanya asal kemuliaan manusia itu ialah hati. Dan iaitu seperti raja yang diangkat di dalam alam jasad itu. Dan sekalian anggota yang zahir (yakni selain dari hati) seperti tenteranya yang ikut akan dia."
_____________________________________________________________
And yes, ada satu daging dalam badan kita. Bila daging tu baik, maka baiklah semua perbuatan kita yang lain. Kalau buruk daging tu, maka buruklah anggota badan kita yang lain.
Salam zohor,
Im