Blog Archive

9 Mar 2014

#MH370






Sniff... sniff.

"Ya Allah, kau tolonglah kami mencari #MH370. Ameen."

"Where are you #MH370"

"Don't blame the pilot, don't blame the aircraft........ bla bla #PrayForMH370."

"Fuyyoooooo! Malaysia femes lah Obama pun tweet pasal #MH370."

"Hahaha bodoh gila Malaysia nak hilangkan kapal terbang gedabak tu pulak ewah. #MH370"

"Pray for my cousin #MH370."

"Kesian kot makcik tu.... anak dia lah hensem........."

Sabar, sabar. Post ini tiada unsur perli, kutuk, berat sebelah, tak ambil kisah, politik, selfish, atau sebagainya. Ya, memang Dunia telah digegarkan dengan kehilangan pesawat #MH370 sehingga yang berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meminta bantuan dari negara-negara lain seperti Amerika Syarikat untuk menyelesaikan misteri yang menjadi tanda tanya kepada setiap anggota masyarakat. Ehehhh.

Tongkat dagu. Pandang langit.

Pertama-tamanya, saya ucapkan takziah kepada sesiapa yang terlibat dalam insiden ini. Benar, tiada siapa dapat menyangka perkara misteri ini berlaku. Dalam hal ini juga, sepatutnya tiada siapa yang dipersalahkan. Ehem, melainkan jika misteri ini dirancang oleh mereka-mereka yang tidak tahu akan azab Tuhan.

Tersedak? Hulur air.

Memikirkan tentang peristiwa ini, ia membuatkan saya terfikir... Ada apa yang Allah mahu tunjukkan pada kita semua...? Sebab Allah mana pernah turunkan sesuatu perkara bersifat sia-sia? Tak ke? Fikir punya fikir.

Maka terlintaslah pula Firman Allah dalam kitab suci-Nya:


"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang berterbangan yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udaraselain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu."

[67:19]

Dushhh. Wahai! Apa kaitan burung berterbangan dengan kapal terbang woi?! Yang hilang kat langit tu kapal terbang, bukan burung! Wahaiii.

Usap pipi, dagu dan kepala.

Menghayati firman Allah dalam surah al-Mulk, cukup membuatkan kita berfikir bahawa apa yang terjadi, apa sahaja yang berlaku, baik atau buruk kejadiannya, tiadalah yang mewujudkannya selain Yang Maha Pengasih. 

Kun fayakun, bukan?

Jadi... kenapa Allah mengizinkan perkara ini berlaku pada kita? Ada apa sebenarnya pada misteri kehilangan #MH370 ini...?!

Baiklah, berdasarkan pemerhatian saya selama saya memerhatikan gelagat orang ramai, bukan sahaja makcik pakcik sanak-saudara saya yang ada di kampung, malah warga Twitter yang saya hormati dan juga warga Facebook yang saya kasihi, ada diantara mereka yang sangat prihatin tentang misteri yang berlaku ini. Tidak ketinggalan pula mereka yang turut menjadikan berita ini sebagai sesuatu yang amat menggelikan hati perut mereka yang boroi itu.

Tak sebut siapa.

Malahhhada juga yang mempersalahkan mereka yang tidak bersalah. Juga dengar cerita, ada pula timbul masalah politik? Bersihkan screen laptop.

Tidak lain dan tidak bukan Allah pasti ingin menyampaikan sesuatu pada kita. Yateguran. Bagaimana anda tahu ni? Eh. Dalam keadaan yang sebegini rumit, senang dan mudah untuk kita tengok kepersatuan ummat Islam atau kecelarubiruan yang berlaku. Jadi anda rasa bagaimana? Bersatu ke.... bercelaru haru biru?

Tepuk dada, dongak ke langit.

Keduanya, sejak akhir-akhir ini, seringkali berlegar di kepala ini tentang kiamat. Ewah, mentang-mentang baru belajar bab kiamat. Anda, semua tanda kecik kiamat sudah disempurnakan. Ada yang menanti tanda-tanda besarnya pulakah? Mungkin misteri atau insiden ini sebagai peringatan Allah kepada kita. Supaya kita dekatkan diri kepadanya. Bukankah manusia itu hanya mengingati Allah bila susah sahaja?

Tak percaya..?!


"  And when We bestow favor upon the disbeliever, he turns away and distances himself; and when evil touches him, he is ever despairing. ''

"Dan apabila Kami beri kesenangan kepada manusia, niscaya dia berpaling dan mejauhkan diri dengan sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan, niscaya dia berputus asa"

[al-Isra':83]


Misteri ini membuatkan saya mengenang serta menjelajahi zaman nabi Ibrahim dahulu. Seekor burung kecik ingin memadamkan api yang marak membara-bara serta menyala-nyala kemerahannya?! Gelak tutup mulut.

Lalu apa jawab burung kecik?

‘‘Memang aku tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk memadamkan api itu, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”

Kisah ini takkan pernah membosankan apatah lagi menghampakan saya. Sniff.. sniff. Jadi, marilah kita tumbuk iman kita dengan sedikit persoalan. Apa yang anda dapat lakukan pada saat yang genting begini?

Menangis terduduk?

Duduk goyang kaki?

Hanya #PrayForMH370?

Atau makan maggie sambil hirup Milo?

Begini lah. Jika benar kita tiada perasaan tentang apa yang berlaku hari ini, cuba letakkan diri kita di tempat mereka-mereka yang hampir kehilangan orang-orang yang mereka sayangi. Tatkala menunggu mereka di lapangan terbang,

"Ibu... mana ayah tak sampai-sampai lagi ni. Kata pukul 6:30,"

"Lamanya abang nak sampai. Risau pulak hati,"

"Kenapa tak boleh contact sesiapa ni? Mana MH370?"

"What is that red line............."

"...sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota- anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

[17:36]

***

Insyaallah, yang pergi tak kembali itu... ada diantaranya syahid. Menjalankan tugas sebagai seorang pekerja, seorang bapa, seorang suami dan yang syahid ketika menjalankan tugas. La tahzan, innallaha ma'ana. Allah lihat, Allah tahu, Allah lah tempat kita bergantung. 

Salam #MH370

IM