Blog Archive

11 Sept 2014

Dunia itu manis

     Beg yang digalas sebelah bahu diletak atas katil.Turun bawah, pergi dapur. 

   Misi mencari makanan! Heh, tak sampai sesaat, dah jumpe target. 

   Balang berisi biskut cream-o perisa blackcurrent dibuka.Ngap satu, dua , tiga dan empat. 

   Fuiyyoo, m&m pun ade! Perfect!

   Tengah sedap makan tu, tetibe gigi sakit. Aktiviti makan dihentikan sekejap. Susu Dutch Lady dicari dalam peti sejuk. Tanpa guna cawan, air kotak tu diteguk. 

   Arghh! Asal sakit sangat gigi ni? Sebab biskut dengan m&m tu ke? Balang cream-o diambil semula. m&m pun diiambil. Ditelan m&m .Auch! Ok, memang sakit gigi sebab makanan ni.

   Heh, tau je yang makanan camni tak bagus kalau diambil  berlebihan . Sebab makanan ni sedapla, dia tak leh berhenti. Tapi, buat ape dapat rase manis , pastu sakit gigi yang kalau tak dirawat boleh bawak bahaya? Rasa manis tu pun, kat mulut je, sekejap je kan?

   m&m ditenung. Ni la apa yang manusia nampak kat dunia eh? Manis , sedap , tak leh berhenti. Tapi, nanti bawak kerosakan kat diri jgak kalau diambil berlebihan. Dan ramai je yang tau pasal ni. Cuma, sebab dunia ni manis dan sedap sangat macam m&m, macam cream-o , orang pun buat tak tau je dengan bahaya yang akan timpa kat diorang bila diorang ambik berlebihan dunia ni.

   Memang kena gosok gigi ni! Sorry cream-o , m&m , kau memang manis dan menggoda , tapi kau tetap bawak bahaya kat aku kalau aku amek kau . Same goes to Dunya.

   "Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya" [18 : 7]

Salam,
Kid