Assalammualaikum, awak.
Ye, awak.
Eh, tak payah la pandang kiri kanan. Awak tu.
Awak hidup sebab apa eh?
Saja ja tanya.
Sebab ramai kata kita hidup untuk mati.
Tapi saya confius lah jugak. Hidup untuk mati? Just like that? Kalau centu baik lepas je lahir pastu mati? Dah hidup, lepas tu mati lah kan?
Itu ke maksud awak?
Eheh.
Ada yang kata, kita hidup untuk buat dosa?!
Huyyo fuyyo. Pencipta kita memang ciptakan kita untuk bagi Dia murka ke? I guess no. Dia cipta kita untuk jadi pengkianat kepadaNya? Eh, no! Habis tu aku hidup ni untuk apa haih.
Kita hidup untuk enjoy!!
Kata remaja nowadays. Er enjoy tu macam mana sis? Clubbing, melepak dengan kawan. Batasan tak terbatas. Free buat apa je. Ke enjoy beribadah? Beribadah enjoy? Woi, enjoy apa! Kau ni kalau ye pun.
Kita hidup untuk capai cita-cita lah.
Apa cita-cita awak? Doktor? Engineer? Pilot? Lectuter? Saintist? Ke ada dekat sini nak jadi imam? Ada tak? I hope so. Habis tu lepas dah capai cita-cita, apa cita-cita awak yang seterusnya? Lepas dah berjaya, kaya raya, adakah diri tu terus dibuai lagha Dunia?
Geleng kepala sambil hentak kaki.
Aku hidup ni untuk disakiti je tsk tsk.
Kenapa pulak minah sorang ni? Asal untuk disakiti? Awak dari lahir terus orang sakitkan hati awak ke? Huish. Syukur lah tu awak dilahirkan. Awak dilahirkan, tanda awak terpilih. Awak dah menang! Orang yang hidup di bumi ni, semua ada peluang ke Syurga. Awak diizinkan untuk ke Syurga tu! Weh bangga bangga! Tapi still ada syarat eh. Takmau bangga sangat. Syarat tetap syarat.
Kau pulak aku nak tanya, asal kau hidup?
Gulp. Aku tanya kau, kau tanya aku balik ye? Lawa perangai herher. Entah la. Dia kata aku hidup utk jadi khalifah.
What is khalifah bro? Macam Wiz Khafilah je. Eheh.
Nak tau khafilah tu apa?
Duduk depan cermin besar. Tengok reflection cermin tu.
Kalau tetiba nampak benda lain taktau lah heheh.
Haah, awak.
Awak lah khalifah tu.
Eh kau ni memandai je cakap aku khalifah. Nama aku Abu kot.
Wtvr lah Abu.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusiamelainkan supaya mereka menyembah-Ku"
Aku ke yang Dia maksudkan? Aku lah, kan?
Kita. Bukan aku.
Allah cakap direct dekat kita tu bro. Tak rasa takut ke kalau ingkar?
Berani nya.
Habis tu apa point kau ni? Aku dah sembah Dia kot. Solat weh cukup 5 waktu. Tak cukup 5 waktu lagi, secara berjemaah pulak tu. Tak cukup lagi ke?
Wow wow, lek.
Pasal tak puas hati dengan apa yang aku nak sampaikan, jangan marah atau memberontak atau tunjuk perasaan atau polak dekat aku.
Kalau tak puas hati, cakap dekat Dia.
Dia yang turunkan perintah dekat kau, kan?
Ha, berani ke nak tunjuk perasaan dekat Allah?
Tau takut.
Point aku.
Ramai people this day yang bagi aku dah lari dari tujuan hidup. Tapi mereka still ada tujuan.
Cuma tujuan hidup mereka tak tepat.
Tapi tak salah.
Peh, complicated.
Aku pun faham tk faham je ni haih
Aku sedar yang mereka sebenarnya tidak sedar yang mereka tidak mempunyai kesedaran untuk sedar.
Katanya dia memang hidup bertujuankan Allah.
Tapi tengok saja lah bagaimana they live their life.
Seolah-olah dah lari jauh serta tersasar jauh habis dari aim of life.
Tak gitu?
Ha betul lah, orang memangg pandai cakap, buatnya tak.
Sama je lah dengan aku.
Eh, kita ni semua samalah!
2x5=10!
Tau pun kita dua kali lima habistu yangg kau nak marah kitorang ni kenapa? Eleh.
Eh, bila aku marah engkorang? Aku marah diri sendiri lah.
Tapi korang pun kena concern benda ni. Kata nak masuk Syurga sesama?
Senyum.
Awak, hidup ni bukan untuk kita tunjukkan perhiasan kita. Bukan untuk tunjukkan betapa hebatnya kita. Bukan untuk tunjukkan betapa kaya raya mewah megahnya kita. Bukan juga untuk duduk diam sendirian. Forever alone? No.
Hidup kita ada tujuan.
Allah dah tetapkan. Sunnatullah.
Awak tau tak besar tanggungjawab awak yang hidup ni?!
Tau ke tak sebenarnya ni?!
Habis tu kenapa masih leka?!!
Saudara kita yang dekat mesir, syiria, palestin, gaza dekat sana!
Awak ada buat apa-apa tindakan ke?!
Lepas solat pun terus kejar twitter kan?
Bila mana negara-negara islam diserang hari ini, kita tak menghulurkan bantuan.
Kita tak menghulurkan senjata kita, doa!
Jadi tk hairanlah bila negara kita di serang tiada siapa yang mahu memberikan bantuan!
Tak gitu?
Fair lah kan? Weh, ingat. Kita doakan for someone, malaikat akan doakan utk kita.
Kira tkde rugi pape pun. Satu sen pun tk rugi lah!
Eleh.
Jadi, bekalan engkorang dah cukup ke utk bawa ke alam alam alam yg lain?
Heh, confirm semua jawab tak.
Even para Ulama' ilmuan semua tu pun akan jawab tak.
Sebab en. Berapa banyak amalan kita yang dah dilakukan, berapa banyak je yang diterima Allah?
Haih, tepuk dada tanya iman. Sambil nangis.
Orang yg banyak amalannya pun, belum tentu diterima.
Apatah lagi aku? Dah la amalan tk banyak mana, tantah yang diterima pun.................
Fail.
Jyeah, so apa tunggu lagi?!
Jom lah reramai kita korek pahala bebanyak!
Ikhlas kan hati, bersihkan karat-karat serta kekotoran degil yang melekat!
Bukan guna Daia atau Dynamo. Menggunakan zikrullah la!
Ehey.
Jom lah start buat Qiam! Tadarus Quran! Solat jemaah! Usrah!!
Orang yg masuk Syurga ni org yg berpenat lelah je lah!
Kalau kita dok goyang kaki ni peh takde lah nya.
Hey, jommah sesama!
Ok tk?
Ha bagus.
Mula selow selowww
Asal istiqamah.
Salam Cinta. *uhukk huk*,
Im