Allah berfirman dalam surah an-Nisa ayat 34 yg bermaksud: "Maka wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang taat lagi memelihara dirinya di kala suaminya ghaib daripadanya dengan peliharaan yang telah ditentukan oleh Allah."
Nabi saw bersabda yg bermaksud: "Dimana-mana seorang wanita meninggal dunia, sedang suaminya redha kepadanya, masuklah ia ke dalam syurga." (HR Ibnu Majah dan Tirmizi)
Nabi saw bersabda yg bermaksud: "Apabila melakukan wanita itu akan sembahyang fardhu yang lima, dan berpuasa ia akan puasa fardhunya sebulan Ramadhan, dan memelihara ia akan kehormatannya dari persentuhan orang lain dan patuh ia terhadap suaminya dikatakanlah baginya masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu yang mana saja engkau kehendaki." (HR Ahmad)
Nabi saw bersabda yg bermaksud: "Sampaikan olehmu kepada orang yang engkau jumpai daripada wanita-wanita bahawa mentaati suami dan mengakui haknya itu menyamai jihad fi sabilillah dan sedikit saja daripada kamu yang dapat melakukannya." (HR Albazzar dan Atthabrani)
Sebuah wasiat Nabi saw, daripada Anas bin Malik ra bhw Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: "Tidaklah patut bagi manusia untuk sujud kepada manusia, jika sekiranya boleh bagi manusia sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan perempuan untuk sujud kepada suinya dari lantaran besar haknya atasnya. Demi Tuhan yang diriku berada pada tangan kekuasaanNya, jika sekiranya ada dari tapak kaki suaminya sampai ke ubun-ubunnya itu borok yang meleleh nanang dan air busuk, kemudian isteri itu menghadapi dan menjilatnya belumlah ia bererti telah menunaikan haknya." (HR Ahmad)
Hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra yang bermaksud: "Apabila memanggil seorang laki-laki akan isterinya ke pembaringannya, maka enggan ia untuk mendatanginya, lalu bermalamlah suaminya dalam keadaan marah kepadanya, maka malaikat pun mengutuknya sampai pagi hari. (HR Albukhari dan Muslim)
Sebenarnya memang senang untuk perempuan masuk syurga. Sumpah senang!
Tapi perempuan yang kat luar sana tu masih tak sedar betapa mudahnya untuk masuk syurga Allah.
Hanya dengan melaksanakan perintahNya, kita boleh terus masuk syurga.
Senang je kan? Alah senang kacang golek gitu.
Tapi disebabkan kita ni memang jenis tak reti-reti nak bersyukur, memang la ada jugak yang kena campak masuk neraka.
And kalau kau dah mati waktu dalam kubur tu mesti cakap macam ni
"Kalaulah aku tahu dari awal?"
Sebab masa tu baru nak ada kesedaran.
Baru nak keciwa, menyesal bagai.
Dah takde guna la. Useless.
Sebab tu Allah suruh kita mencari ilmu. Bila ada ilmu agama, dah tak ada masa kau nak cakap "Kalaulah aku tahu dari awal?" tu.
Sebab kau dah tahu. Ilmu bagitahu kita semuanya.Selagi kita ikut dan buat apa yang Allah suruh.
InsyaAllah syurga ada depan mata je.
Jadi, tunggu apa lagi? Jannah Here I Come ! Wooohooo !
Salam sayang,
Kim