Urut dada.
'Aku harap aku dapat jadi macam dia'
Gembira. Lawa. Baik. Pandai. Semua orang nak kawan dengan dia. Kalau nak dibandingkan dengan aku. Fuh, tak terbanding. Apalah sangat aku ni?
Sigh.
Laptop HP nya dibuka selepas tangan lenguh mengarang sebuah karangan yg diarahkan untuk dikarang agar menjadi sebuah karangan yang siap dikarang. Eheh.
Online Twitter.
Ramai gak kenkawan aku yg online. Hihi
Compose new tweet.
'Assalammualaikum, kawan-kawan semua ^^'
3 minit menunggu insan yang bergelar 'kawan-kawan' tadi nak jawab salam.
Frust.
Takde langsung nak jawab salam aku? Haih.
As expected.
Hembus nafas berat.
Aku dah agak benda ni berlaku. Aku ni rasa macam argh tunggul je eee pahal do semua tak layan aku penat tau tak nak layan korang semua lepastu bukan reti nak appreciate ke apa pastu ceni korang balas argh apa niii lupa jasa betul eee korang sedih aku tolong lepastu dah gembira buang je aku ni tepi longkang dok sensorang takde orang eee aku sedih sorang tak care apa korg nak sebenarnya ni mmg selalu hati macam ni ke aku dah bagi korang nak now korang nak apa lagiii argh?!
Peh, satu nafas beb.
Yes, perasaan ni memang dah lama aku pendam. Aku rasa nobody would care. Nobody would appreciate. Penat lah gembirakan hati org lain. Jadi baik semua. Now is this what they want to show me? Argh tergamamnya.
Sakit jiwa je bukak twitter ni.
Tengok orang lain tweet sana sini gelak ketawa senyum riang ria dengan kawan baik dia. Aku? Perhati.
Tutup laptop.
Baring atas katil.
Sumbat earphone. Volume max.
Cecair hangat menuruni pipi chubby-ku.
Lelap.
Langsung, dibuai mimpi.
'Kau nak tau kenapa kau selalu rasa forever alone?'
Diam.
'Kau nak tau kenapa takde orang layan kau?'
Sepi.
'Kau nak tau kenapa kau rasa dibuang tengah orang lain rasa senang hati?'
Sunyi.
'Kau nak tau kenapa kau selalu rasa kosong? Useless?'
#np-kosong by Najwa latif.
Eheh.
Kepala sedikit tergerak kanan kiri dek mimpi yang sedikit ngeri yang masih belum difahami sang diri.
Sambung.
'Kau nak tau kenapa?! You know why?! Because of... kau dah lupakan sesuatu yang dah lama menunggu kau. Kau yang buatkan Dia umpama forever alone. Kau yang selalu tak layan Dia. Kau yang selalu buang Dia. Kau yang selalu mengosongkan hati kau dari terima kehangatan cinta kasih abadiNya. Degil. Ego. Kau dah tersilap langkah. You're the one who should be blamed for'
Terjaga.
Weh, siapa yg cakap tadi?
Seram.
Duduk bersila atas katil.
Campak earphone.
What did I just heard just now? Is it true?
Of course not. Mimpi je kot.
But...
Betul ke...
Aku ke yang......
Argh.
Manade do. Manade aku degil. Aku tak ego. Siapa pulak yg aku selalu tak layan? Aku tak pernah buat sesiapa forever alone. Dorang tu je kot apahal lak alahai.
Am I the one who should be blamed for? Argh nonsense lah. They're the one who should be blamed for! Bukan aku! No!
Still.
Diri terus menerus nak pertahankan ego tu.
Bila ego dilayan, dimanjakan ceni lah jadinya. Ceni lah.
Sambung.
Tapi aku ke yang selalu mengosongkan hati aku dari terima kehangatan cinta kasih abadiNya?
Siapa 'Nya' yang dimaksudkan?
Sigh.
Peluh turun dari dahi kemudian bertemu air mata lalu kedua-dua cecair itu melalui pipi menuruni dagu.
Tertanya-tanya.
Boleh psychopath aku ceni.
Siapa.....?
Dalam diri tertanya-tanya masih ada ke orang yang aku tertinggal utk digembirakan?
Wondering.
Who?
Who?
Who?
Tetiba gegendang telingar bergetar dek azan yg berkumandang menandakan masuk waktu solat Isyak di wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya atau yang sama waktu dengannya. Eheh
Diri rasa terpanggil.
Pergi bilik air.
Ambil wudhu'.
First time solat awal.
Ok. Act, cerpen dah tamat jadinya now. Adakah anda tau siapakah 'Nya' yang dimaksudkan? Bagus. I know that you know who's He, don't you?
Tbh, kita ni semua yang selalu berpaling muka hati fikiran serta minda kita dari menerima kehangatan cinta yang Satu. Dia.
We keep asking ourselves 'Kenapa dia macam ni?' 'Kenapa aku dilayan macam ni?' Hubungan kita dengan manusia tak cukup mantap. Sebab apa? Apa? Apa?
HablumminAllah wa hablumminannas.
Jaga hubungan dengan Allah. Then, Allah akan jaga hubungan kita dengan mahklukNya yang lain.
Ni relationship dengan Allah tak mantap lagi dah tanya relationship dengan manusia apa kes bro?
Macam mana kita layan Allah?
Macam mana kita jaga hubungan kita dengan Allah?
Macam mana perlakukan kita dengan Allah?
If you want to be someone's favorite, you must first be favorite to Allah.
If you know what I meant.
Tepuk dada, tanya iman.
Wassalam,
Im.