"Hek eleh kau ni, kejap ana kejap saya kejap aku. Kalau macam tu, baik tk payah je!" - syaitan -Istighfar.
Kenapa ada orang macam ni? Semua bergantung pada niat.
"Berubah biar kerana Allah, bukan kerana manusia. Biar orang cakap apa, mulut orang tk boleh nak tutup kan?" -IMYes. Niat. Kau kalau niat memang saje nak perhatian orang konon kau cakap "ana-enta-anti" please stop. And maybe for the niqabis yang pakai purdah just for attract mans' attention, please lah. Sungguh tidak macho ok.
Niat beb, kalau buat semua tu sebab orang, sebab lelaki or maybe the guys out there yang ada jugak tweet dakwah just to attract womens' heart, tk payah la weh. Kau tk dapat apa. Siyes cakap. Pahala tk dapat, tp penat yang kau dapat.
Mungkin ada yang cakap camni..
"Biarlah niat lain dulu, haa lama lama tu bila dah biasa niat boleh je tukar nait lillahi ta'ala"Oh ngomong senang. Ingat bila dah jadi twitfamous yang tweet dakwah and then tkde rasa ujub? How about riya'?
Tkde orang dalam dunia ni yang kalis dosa. Kalis api neraka. Kalis bisikan "makhluk" tu. Siyesli. Ingat para ulama' tk kena tackle ke dengan makhluk tu?
"Pandai-pandai lah"'Pandai memandai mandai' ok papazola kejap.
Memang ingat boleh nak "pandai-pandai" ke? Ingat ngumpat tu kita boleh nak "pandai-pandai"? Kadang ada je orang yang mengumpat dalam tk sedar. Ada. Srysly ada!
Belum apa-apa lagi, kau dah termasuk jerat makhluk tu. Pandai dia tackle kita nak ngumpat ni. Timing dia kaw gila kut! Perfect timing. Betul betul kita tengah sembang kosong tu, dia dah bersedia keluarkan senjata dia. Sekali dia cucuk, kau tk perasan tengah cakap buruk pasal kawan kau. Dia tembak sikit, habis segala caci-maci kau nak cakap. Berjaya dengan jayanya. Galok makhluk tu gelak wei.
Allah SWT berfirman (maksudnya) :
"(Iblis) menjawab, "Kerana engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur." (Al-A'raf: 16-17)Antara contoh godaan ;
-marah
-nafsu syahwat
-tergesa-gesa
-dengki
-takbur
-su'uzon
Nafsu lah yang paling banyak memberi bisikan dan dorongan kt kita buat keburukan. Kira macam assistant makhluk tu, maybe?
"Nafsu sememangnya akan menyuruh kepada keburukan"
And maybe because of people around us. "Pengaruh rakan sebaya" tu aku tanak masuk kt sini ew nanti nampak macam karangan ahah!
Bagi aku, sebab permikiran orang yang sekarang semakin lama semakin sempit. Sesempit baju diorang, eheh. Ada yang fikir, asal ibadah je kat masjid. Ingat solat je ke ibadah hah? Habis je solat, kira kau dah baik. Kira kau dah confirm masuk syurga. Padahe kau habih je solat hm terus otak fikir kerja, kerja, kerja.
And kalau tanya semua orang cita-cita diorang apa, major semua cakap kerja-kerja yang semua gaji besau-besau. Hah, nak buat apa dengan duit banyak-banyak ni? Belum tentu lagi kita belanja ke jalan Allah. Bihtu? Nak kawin? Yelatu kut.
Bayangkan okay, kira hantaran je pun mehu la beribu peh! Tk keluar pulak ayaq liuq aku ni.
Kira macam kita lebih menggalakkan berlakunya zina, kan?
Dah tu, kalau kos nak kawin je pun dah cekik darah. Semua pun buat maksiat jelah tahu. Yelah, sebab tk kawin, dapat la anak harommmmm. And buang anak pun kira macam benda biasa. Mungkin suatu hari nanti papan tanda "Buang sampah di sini" akan tukar jadi "Buang bayi di sini". Tk mustahil. No no.
So bukti kat sini, semua orang boleh tergoda kan? Tipu kalau kau tk pernah tergoda. Aku pun pernah. Syaitan penggoda terbaik wa tk tipu siyes bro.
Selamat malam,
Ced