"Semakin hampir ke garisan penamat, bagaimana iman kita?"
- (Sham kamikaze)
Tersedak air liur.
Dah nak habis bolan pose tp aku still dok main twitter cam haram nak angkat punggung dari kerusi ni. Kalau berbuka pun agak agak setakat minum air je and duduk balik kat posisi depan laptop. Teghuk nau aku ni.
Tk pelik siyes benda macam ni tk pelik. Ramai je remaja kat luar sana macam aku ni. Padahal semua sibuk lah RT apa dia tu ha katanya amalan baik. Sibuk tweet, tp tk buat pun senanya. Aku pantang tengok orang macam ni. Hm bawak bertaubat bro.
Sikit lagi nak sampai "garisan penamat" ye dok? Kira macam lagi berapa hari jelah, siap boleh kira dengan jari kalau campur dengan jari kaki sekali. Keluhan berat.
Memikirkan bulan barakah ni akan berakhir buat aku terfikir yang aku dah terlalu banyak bazirkan masa. Kalau first week puasa semua fikir "Alah lek la lama lagi puasa, buat lain hari la". Tangguh amalan, penat katanya. Puasa kan, kononnya penat fikir lah penat belajar lah en eh wait sama maksud la tu kan okay wtv yang penting semua alasan yang diberi amatlah tidak berpekdah. Pekdah tadok.
Bukan ke beribadah tu kita nak rehatkan diri? Rehatkan iman rohani segala bagai tu? Bulan Ramadhan ni bulan kerehatan! Kenapa nak rasa penat? Nampaknya nafsu malas tu masih lekat lagi kat kita. Hebat nau syaitan didik kita ni kan. Hm.
Wake up, guys.
Salam Ramadhan,
Ced.
Ced.