"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah "
Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah itu , maka mulalah kita bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah .
Dakwah itu boleh disebarkan dengan pelbagai cara,
Orang yang didakwah bukan terhad kepada Muslim, tetapi non muslim sekali.
Mana tahu TERbuka hati mereka untuk masuk Islam?
Langit begitu biru,
Angin bertiup menyenangkan jiwa ku,
Semua ini ciptaan Allah yang begitu sempurna.
Alhamdulilah aku masih diberikan peluang untuk bertaubat.
*duduk bawah pokok*
*buka laptop*
*log in Twitter,Facebook,Instagram,Tumblr*
Few minutes ago.....
*buat status
" Jatuh bangun dalam jalan hijrah memang lumrah. Jatuh tak apa, jangan sampai kita jatuh tak bangun-bangun. Bangunlah, teruskan membaiki diri. Apa saja yang terjadi sepanjang proses ini, anggaplah semuanya ujian, tarbiah dan kadang-kadang teguran dari Allah yang Maha Penyayang. Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Allah selalu ada untuk kita.
Ahli gusti kat WWF tu pun kalah game bukan sebab dia jatuh tau, tapi sebab dia dah tak nak bangun dan teruskan perlawanan. Jadi, kita macam mana? Nak teruskan ke tak?"
*buka mention*
100 rt, 50 Fav
Buat status berselit dengan sifat dakwah.
*buka mention*
Semua tweet di-RT, di-Fav.
Hati mula berasa gembira.
Muka terukir dengan senyuman.
Perasaan riak sudah muncul sedikit demi sedikit.
Aku post je segala yang aku rasa best.
Semua Pak cik Google bagi,
Aku?
Type je.
Aku mula cari bahan yang best di internet untuk dibuat status, dapatkan "kegembiraan" itu.
Aku dah lupa.
Lupa bahawa aku harus rujuk kepada Al-Quran.
Aku bagi macam-macam nasihat kat orang.
Tapi aku lupa nak belikan diri satu cermin untuk melihat betapa buruk muka,hati aku yang dihitamkan dengan perasaan riak.
One day....
*buka DM*
Ada seseorang DM aku.
Hati berkata : 'Ni mesti budak yang kagum dengan dakwah saya message saya ni'
"Ni weyh... Kau suka nasihat org kn? Ada sorang ni, aku nak mintak tolong kau nasihat sikit kat dia... Aku segan.. Kau kenal dia, tapi lama dah kau lupakan dia"
"Siapa?"
"Diri kau sendiri"
Aku tak ambil kisah.
Aku buat tak pernah nampak message itu.
Perangai aku masih sama.
Lepas solat isyak, aku duduk atas katil dengan telekung yang murah tetapi sangat selesa.
Aku terpikir balik kata-kata orang tu.
Ikhlas ke aku berdakwah?
Kenapa saya selalu bagi nasihat kat orang tetapi aku tak pernah nasihatkan diri yang telah mabuk dengan dunia alam maya ni?
Bangga dengan bilangan follower yang banyak,RT , FAV yang beribu?
Kenapa aku main hentam post je semua bahan tu?
Apa kata kalau I tersilap bagi information,orang RT ?
Aku nangis.
Aku bersalah.
Ya Allah, maafkan aku.
Aku tahu , Engkau Yang Maha Mulia, pemaaf.
Aku banyak berdosa.
Tetapi aku ingin minta keampunan-Mu.
Kita perlukan seseorang untuk menegur kita supaya sedar daripada kesilapan kita.
Orang itu tak semestinya kawan.
Kadang kala ,kawan pun tak berani nak tegur.
Aku tetap buat status berdakwah.
Tetapi aku tak buka mention.
Aku tahu, kalau aku buka, perasaan riak tu mesti datang balik.
Kalau ada orang DM puji aku,
Aku hanya mampu berkata,
"Yang baik itu dari Allah, Yang buruk itu dari aku"
Konklusinya..
Halalkan semua ilmu yang kita dapat.
Sebarkan dakwah kerana Allah.
Semoga kita semua dapat menjadi SOMEBODY di mata Allah walaupun hanya manusia biasa , pendosa di mata manusia.
Salam peringatan,
Anon