'Dia' nampak gembira dengan cintanya.
'Dia' sangat menyayangi cintanya.
'Dia' tak mahu berpisah dengan cintanya.
Dan ada seseorang, iaitu 'Sahabat', selalu mengekorinya. 'Dia' tahu sahabat memerhatikannya. 'Dia' rimas. Kenapa 'Sahabat' perlu ada saat dia asyik dengan cintanya? 'Dia' mengabaikan sahabat. Tapi 'Sahabat' tak pernah mengabaikan 'Dia'. 'Sahabat' selalu setia memerhatikan 'Dia'.
Tapi itulah.
Panas tak sampai ke petang. Kadang-kadang boleh hujan pada jam 7.50 pagi. Saat orang mahu pergi kuliah. Dan kadang-kadang juga, hujan tak kekal sampai malam. Kadang-kadang panas boleh muncul jam 12.30 tengahari, dan lelaki-lelaki yang malas pergi solat jumaat kerana kononnya hujan, terpaksa menyarung kembali kain pelikat dan baju melayu kerana hujan telah reda.
Berbalik kepada 'Dia'.
Ya, bahagia tak semestinya bertahan lama. Kadang-kadang duka hadir tanpa diundang. Dan alangkah peritnya, duka itu dihadirkan oleh cinta.
Lalu 'Dia' menangis. Tidak disangka, cintanya yang selama ini 'Dia' cintai, tegar menghadiahkannya tangisan. Dan ketika itulah, 'Sahabat' yang setia mengekori itu, mendekati dan menegur.
'Dia' yang emosinya masih tidak stabil, dengan marah dengan geram dengan sakit hati kepada keduanya, cinta dan 'Sahabat', menghamburkan pertanyaan dalam nada marah yang tak terkawal,
“Kenapa kau selalu ada kat mana je aku ada?!?”
'Sahabat' masih tenang. Lalu duduk di sebelahnya. Dan perlahan berkata, dengan nada paling ikhlas,
“Untuk menghadiahkanmu senyuman, tatkala cinta menghadiahkanmu tangisan.”
'Dia' serta merta berhenti menangis.
Tapi air mata masih mengalir.
Selama bersama cinta, dia mengabaikan sahabat. Dan bila cinta mengabaikan dia, sahabatlah yang datang untuk menenangkan.
'Sahabat' senyum, lalu berkata lagi dengan pandangan dan nada yang sayu,
“Jangan mengabaikan persahabatan kerana cinta. dan jangan meremehkan kebaikan sahabat ketika kita bersama cinta, kerana kadang-kadang sahabat yang setia itu, mungkin, adalah cinta yang tak pernah kita sedari.”
'Sahabat' bangun, senyum, dan berlalu. Di sisinya ada tisu dan nota kecil,
‘Ketika bumi ditimpa hujan, pasti tanahnya tak kering sendiri. Mataharilah yang membantu mengeringkan. Begitu juga manusia. Air mata takkan boleh hapus sendiri, tidak dengan bantuan dan doa orang sekeliling yang menyayangimu.’
******
Dalam kita menghadapi tekanan demi tekanan,
jauhi diri dari sebarang keluhan di laman - laman sosial.
Dalam ramai - ramai friendlist yang kita,
ada yang telah sedia bertepuk tangan meraikan zaman kejatuhan kita.
Akhir kata..
Dalam keadaan tidak mampu berfikir dengan waras..
Aku masih lagi mampu mengawal emosi
Menjaga setiap bait - bait kata yang dilemparkan dimata sahaja atas namaku.
Salam,
Anon.